Tuesday 18 March 2014

Berani beli/guna makanan dalam tin yang kemik??

Bayangkan anda berada di kedai atau supermarket yang membuat potongan harga gila-gila untuk produk tin kemik tu yang mana harga asal rm6 tetiba tinggal rm 3 je. Anda dah terpengaruh dengan harga murah tu tapi takut da risiko nak makan. Sebabnya, selalu kita dilarang beli dan makan makanan dalam tin yang kemik atas factor keselamatan yang boleh mengacam kesihatan dan nyawa. Hakikatnya tak semua tin kemik tu MERBAHAYA sebab kebanyakan faktor kemik terjadi akibat jatuh/pelanggaran semasa proses nak pindah atau masa pekerja susun barang (ganas sangat pekerja pon, takleh susun pelan-pelan).  Kita nak jimat duit (sebab harga barang semua naik oii) dalam masa yang sama nak rasa selamat bila beli tin kemik tu. Jadi ada cara untuk kita tengok dan uji sejauh mana bahayanya produk kemik tersebut.

       1. Cuba tekan bahagian atas dan bawah tin, tengok samada permukaan tu bergerak atau ada bunyi ‘pop’ ke tidak. Kalau    ya, jangan beli. Sebab tu petanda bahagian seal (lekatan) dah rosak dan angin dah masuk. Semua makanan bertin  sepatutnya bebas angin/ udara (vacuum) untuk memastikan produk tak mudah rosak akibat kerja bakteria jahat (depa boleh hidup bila ada udara tapi ada gak bacteria yang super jahat hidup tanpa udara seperti Colostridium Botulinum).


2. Periksa di mana bahagian kemik tin. Elakkan tin yang kemik pada bahagian tutup atas, bawah dan tulang di bahagian sisi tin. Kalau kemik di bahagian sisi lain okay. Tengok contoh kemik yang boleh diterima dan tidak.

  okay

 was-was

Kemik di sisi kanan



Kemik di tulang (garisan tengah) tin, permukaan kembung 

Kemik di sisi kiri


Kemik di permukaan tin (bahagian seal)

Tengok contoh bahagian kemik tin yang WAS-WAS. Bahagian (atas, bawah dan tulang) tu umpama pintu keselamatan pada produk jadi bila dah roboh aka kemik macam tu, kebolehpercayaan produk tu selamat dimakan amatlah diragui. Bila kemik sebegitu rupa, kemungkinan besar tin boleh bocor sebab bahagian seal dah tergugat. Jadi elakkan mengambil risiko untuk makan produk tin yang macam ini.

        3. Produk promosi memang selalu terdiri daripada low quality punya produk dari segi pembungkusan cacat mahupun produk yang dah nak luput (expired date). Sama juga produk tin (jangka hayat boleh sampai 4 tahun). Pilihlah produk yang lambat lagi expired date dia dan  tolong teliti permukaan tin pastikan bersih dan tiada karat. Wujudnya karat bermakna logam tin dah mula reput dan melemahkan fungsinya sebagai pelindung dari udara dan bakteria.

      4. Cara terakhir ialah beli juga produk tin kemik tu, pastu balik cuba buka dan tengok keadaan produk. Kalau masa buka tu, cecair dalam tin memercik, lupakan hasrat untuk makan. Telan ailio je yer.  Produk kemik yang selamat sama dengan keadaan tin yang elok dibuka. Fenomena percikan tu petanda makanan dah tercemar di mana bacteria dah hidup senang lenang dan mengeluarkan gas dalam tin. Sepatutnya sebelum buka, kita dah boleh nampak badan tin tu dah kembung dari biasa.

Akhir kata....Pilihan membeli dan memilih di tangan anda. Panduan ni boleh diguna untuk mereka yang perlu berjimat seperti budak-budak kolej/university yang selalu kesempitan, mereka yang kelaparan di hujung bulan dan para peniaga yang nak untung lebih-lebih. Walau apa pun, keselamatan harus diutamakan. Jika ragu atau was –was, sila tinggalkan.


p/s: penjualan produk kemik banyak dijual dari kilang yang menghasilkan produk bertin. Harga yang dijual hanya untuk memulangkan modal kos sahaja sebab pasaran tidak terima kemik hatta calar sedikit pon. Memang berbaloi kalau pandai pilih kemik yang selamat pada harga separuh dari asal. Selamat membeli dan memakan.

p/s2: contoh produk tin adalah daripada ikan mackerel. Ini adalah dari pengalaman penulis yang terlibat dalam industry produk tin dan guna sendiri produk kemek tu..jimattttt pitih ambo..

1 comment: