Tuesday 18 March 2014

Berani beli/guna makanan dalam tin yang kemik??

Bayangkan anda berada di kedai atau supermarket yang membuat potongan harga gila-gila untuk produk tin kemik tu yang mana harga asal rm6 tetiba tinggal rm 3 je. Anda dah terpengaruh dengan harga murah tu tapi takut da risiko nak makan. Sebabnya, selalu kita dilarang beli dan makan makanan dalam tin yang kemik atas factor keselamatan yang boleh mengacam kesihatan dan nyawa. Hakikatnya tak semua tin kemik tu MERBAHAYA sebab kebanyakan faktor kemik terjadi akibat jatuh/pelanggaran semasa proses nak pindah atau masa pekerja susun barang (ganas sangat pekerja pon, takleh susun pelan-pelan).  Kita nak jimat duit (sebab harga barang semua naik oii) dalam masa yang sama nak rasa selamat bila beli tin kemik tu. Jadi ada cara untuk kita tengok dan uji sejauh mana bahayanya produk kemik tersebut.

       1. Cuba tekan bahagian atas dan bawah tin, tengok samada permukaan tu bergerak atau ada bunyi ‘pop’ ke tidak. Kalau    ya, jangan beli. Sebab tu petanda bahagian seal (lekatan) dah rosak dan angin dah masuk. Semua makanan bertin  sepatutnya bebas angin/ udara (vacuum) untuk memastikan produk tak mudah rosak akibat kerja bakteria jahat (depa boleh hidup bila ada udara tapi ada gak bacteria yang super jahat hidup tanpa udara seperti Colostridium Botulinum).


2. Periksa di mana bahagian kemik tin. Elakkan tin yang kemik pada bahagian tutup atas, bawah dan tulang di bahagian sisi tin. Kalau kemik di bahagian sisi lain okay. Tengok contoh kemik yang boleh diterima dan tidak.

  okay

 was-was

Kemik di sisi kanan



Kemik di tulang (garisan tengah) tin, permukaan kembung 

Kemik di sisi kiri


Kemik di permukaan tin (bahagian seal)

Tengok contoh bahagian kemik tin yang WAS-WAS. Bahagian (atas, bawah dan tulang) tu umpama pintu keselamatan pada produk jadi bila dah roboh aka kemik macam tu, kebolehpercayaan produk tu selamat dimakan amatlah diragui. Bila kemik sebegitu rupa, kemungkinan besar tin boleh bocor sebab bahagian seal dah tergugat. Jadi elakkan mengambil risiko untuk makan produk tin yang macam ini.

        3. Produk promosi memang selalu terdiri daripada low quality punya produk dari segi pembungkusan cacat mahupun produk yang dah nak luput (expired date). Sama juga produk tin (jangka hayat boleh sampai 4 tahun). Pilihlah produk yang lambat lagi expired date dia dan  tolong teliti permukaan tin pastikan bersih dan tiada karat. Wujudnya karat bermakna logam tin dah mula reput dan melemahkan fungsinya sebagai pelindung dari udara dan bakteria.

      4. Cara terakhir ialah beli juga produk tin kemik tu, pastu balik cuba buka dan tengok keadaan produk. Kalau masa buka tu, cecair dalam tin memercik, lupakan hasrat untuk makan. Telan ailio je yer.  Produk kemik yang selamat sama dengan keadaan tin yang elok dibuka. Fenomena percikan tu petanda makanan dah tercemar di mana bacteria dah hidup senang lenang dan mengeluarkan gas dalam tin. Sepatutnya sebelum buka, kita dah boleh nampak badan tin tu dah kembung dari biasa.

Akhir kata....Pilihan membeli dan memilih di tangan anda. Panduan ni boleh diguna untuk mereka yang perlu berjimat seperti budak-budak kolej/university yang selalu kesempitan, mereka yang kelaparan di hujung bulan dan para peniaga yang nak untung lebih-lebih. Walau apa pun, keselamatan harus diutamakan. Jika ragu atau was –was, sila tinggalkan.


p/s: penjualan produk kemik banyak dijual dari kilang yang menghasilkan produk bertin. Harga yang dijual hanya untuk memulangkan modal kos sahaja sebab pasaran tidak terima kemik hatta calar sedikit pon. Memang berbaloi kalau pandai pilih kemik yang selamat pada harga separuh dari asal. Selamat membeli dan memakan.

p/s2: contoh produk tin adalah daripada ikan mackerel. Ini adalah dari pengalaman penulis yang terlibat dalam industry produk tin dan guna sendiri produk kemek tu..jimattttt pitih ambo..

Friday 28 February 2014

Ada apa dalam SOS tomato tin sardin?


Dalam sardine tin bersos tomato, semestinya tomato pes (tomato hancur yang diperah air dan dimasak) adalah bahan utama dan bahan perasa (gula& garam& msg) juga agen pemekat yang diperlukan. Kita dah familiar apa itu pes dan perasa tapi ragu2 dengan si agen pemekat. Kebanyakkan pengeluar guna agen pemekat seperti modified corn starch, carboxyl methyl (CMC), xantan gum dan banyak lagi. Apesal nak guna pemekat?? Kat rumah masak tak guna pon?! (padahal masak keteow kungfu, kita taruk sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah kan… tepung jagung tu la di panggil agen pemekat)

Nope. Kita tak boleh samakan masakan di rumah dengan yang kilang buat. Kat rumah buat sedikit jer, kat kilang beribu riban dan perlu tahan sampai tiga tahun untuk dimakan. Nak tak nak agen pemekat diperlukan untuk pastikan sos tu stabil dan tahan sepanjang hayatnya (expired date).
Selalunya pengeluar tidak akan letakkan nama agen2 ni as its name pada label produk mereka. Apa yang dibuat guna nama kod saja (lebih ringkas dan jimat ruang pada packaging label). Contohnya:-
CMC= E466
Xanthan gum= E415
Modified cornstarch= E4122
Inilah kod-kod yang selalu kita keliru dan paling teruk ada orang blame produk yang da E-code ni suma babi, haram bagai….Please jadi bijak sebelum nak keluarkan apa-apa statement. Dunia hujung jari, kau google jer dah dapat info2. Dan jangan main share jer sebelum selidik kebenaran maklumat yang kita dapat tuh. Kalau nak tau apa maksud/ kegunaan disebalik kod-kod number yang kita baca, boleh rujuk ni.

Perlu entri khas untuk detail kod-kod E ni..tapi kita berbalik pada tujuan utama untuk kenal 3 jenis agen pemekat dalam sos tomato tin sardine.

1.       CMC (E466) diperbuat dari sumber tumbuhan (cellulose) dan telah melalui pelbagai process saringan untuk dijadikan dalam bentuk serbuk. Terdapat pelbagai grade bergantung kepada tahap viscosity yang dihasilkan. Fungsi utama adalah untuk memekat dan menstabilkan emulsion (lapisan lemak dan air). Seperti yang kita tahu, lemak dan air tidak ngam bila bertemu dan selalunya kita dapat sebatikan larutan tu dengan goncang2, tapi bila dibiarkan, larutan tu jadi two layer (contoh: air milo). jadi CMC la jadi ‘orang tengah’ untuk lemak dan air bergabung dan bersatu selamanya.  Sebabnya, CMC ni bersifat hygroscopic iaitu pencinta air. Jadi dia akan melekat dengan air dan setia selamanya.

rupa cmc


2.       Xanthan gum (E415) berasal dari corn sugar yang diperam (ferment) dengan sejenis bacteria (xanthanomas). Fungsinya sejibik dengan CMC. Juga dalam bentuk serbuk dan hygroscopic. Sekali terkena air terus bertukar wajah jadi gam. Melekit2 di tangan even bila basuh tangan akan rasa licin-licin. Xanthan gum juga diguna pakai sebagai saliva substitute (pengganti air liur) untuk orang yang bermulut kering. Cara penggunaan tidak dapat dikenalpasti, sila dapatkan nasihat doctor dulu.

3.       Modified cornstarch juga dipanggil sebagai resistamyl (E1422) semestinya bepunca dari kanji jagung. Apa beza kanji dan tepung? Kanji (anak) tu adalah molekul2 kecil yang berasal dari tepung (ibu dia).  Maknanya dari tepung, akan diproses menjadi lebih ringkas (buang gluten) untuk bertukar kepada kanji. Sebab tu bentuk kanji lebih halus berbanding tepung. Tetapi bila ada perkataan ‘modified’ tu bermaksud kanji tersebut telah melalui proses sekali lagi untuk menambahbaikan fungsinya (lebih stabil, tahan panas/sejuk etc). Antara proses modified yang digunakan ialah bleached (meluntur), oxidized (megudara), enzyme, inorganic acid dan banyak lagi process chemical yang terlibat.  Setiap modified proses yang dilakukan pada kanji menghasilkan modified starch (kanji terubahsuai) yang berbeza E-code number. Contoh E1422 adalah kanji yang telah melalui proses esterification (acetylated distarch adipate). Resistamyl ini berfungsi untuk menghasilkan sos yang konsisten kepekatan dan tahan dengan proses freeze-thaw (bila dibeku kemudian cairkan, sos akan tetap maintain. Tak la sebelum pekat kemain tetiba cair macam air je lepas tu )


Setakat ini maklumat yang dapat dikongsikan. Kesimpulannya agen pemekat adalah untuk memekat..hehe..kebanyakkannya berasal dari tumbuhan dan tiada keraguan untuk digunakan. Apapun pastikan label halal dari Jakim ada pada produk yang kita nak guna ok..sekiranya takde kenalah belek se-se ramuan produk. Kalo was-was tinggalkan sahaja makanan tu.. kita da banyak lagi makanan boleh dimakan. Ingat makanan akan jadi darah daging kita..pilihlah yang terbaik untuk kebaikan diri sendiri.