Bayangkan anda
berada di kedai atau supermarket yang membuat potongan harga gila-gila untuk
produk tin kemik tu yang mana harga asal rm6 tetiba tinggal rm 3 je. Anda dah
terpengaruh dengan harga murah tu tapi takut da risiko nak makan. Sebabnya,
selalu kita dilarang beli dan makan makanan dalam tin yang kemik atas factor
keselamatan yang boleh mengacam kesihatan dan nyawa. Hakikatnya tak semua tin kemik
tu MERBAHAYA sebab kebanyakan faktor kemik terjadi akibat jatuh/pelanggaran
semasa proses nak pindah atau masa pekerja susun barang (ganas sangat pekerja
pon, takleh susun pelan-pelan). Kita nak
jimat duit (sebab harga barang semua naik oii) dalam masa yang sama nak rasa
selamat bila beli tin kemik tu. Jadi ada cara untuk kita tengok dan uji sejauh
mana bahayanya produk kemik tersebut.
1. Cuba tekan bahagian atas dan bawah tin, tengok samada permukaan tu
bergerak atau ada bunyi ‘pop’ ke tidak. Kalau ya, jangan beli. Sebab tu petanda
bahagian seal (lekatan) dah rosak dan angin dah masuk. Semua makanan bertin sepatutnya bebas angin/ udara (vacuum) untuk memastikan produk tak mudah rosak akibat kerja bakteria jahat (depa boleh hidup bila ada udara tapi ada gak bacteria
yang super jahat hidup tanpa udara seperti Colostridium
Botulinum).
2. Periksa di mana bahagian kemik tin. Elakkan tin yang kemik pada
bahagian tutup atas, bawah dan tulang di bahagian sisi tin. Kalau kemik di bahagian
sisi lain okay. Tengok contoh kemik yang boleh diterima dan tidak.
okay |
was-was
|
Kemik di sisi kanan
|
Kemik di tulang (garisan tengah) tin, permukaan
kembung
|
Kemik di sisi kiri
|
Kemik di permukaan tin (bahagian seal)
|
Tengok contoh bahagian kemik tin yang WAS-WAS.
Bahagian (atas, bawah dan tulang) tu umpama pintu keselamatan pada produk jadi
bila dah roboh aka kemik macam tu, kebolehpercayaan produk tu selamat dimakan
amatlah diragui. Bila kemik sebegitu rupa, kemungkinan besar tin boleh bocor
sebab bahagian seal dah tergugat. Jadi elakkan mengambil risiko untuk makan
produk tin yang macam ini.
3. Produk promosi memang selalu terdiri daripada low quality punya produk
dari segi pembungkusan cacat mahupun produk yang dah nak luput (expired date).
Sama juga produk tin (jangka hayat boleh sampai 4 tahun). Pilihlah produk yang lambat lagi expired date dia dan tolong teliti
permukaan tin pastikan bersih dan tiada karat. Wujudnya karat bermakna logam
tin dah mula reput dan melemahkan fungsinya sebagai pelindung dari udara dan
bakteria.
4. Cara terakhir ialah beli juga produk tin kemik tu, pastu balik
cuba buka dan tengok keadaan produk. Kalau masa buka tu, cecair dalam tin
memercik, lupakan hasrat untuk makan. Telan ailio je yer. Produk kemik yang selamat sama dengan keadaan
tin yang elok dibuka. Fenomena percikan tu petanda makanan dah tercemar di mana
bacteria dah hidup senang lenang dan mengeluarkan gas dalam tin. Sepatutnya
sebelum buka, kita dah boleh nampak badan tin tu dah kembung dari biasa.
Akhir kata....Pilihan membeli dan memilih di tangan anda.
Panduan ni boleh diguna untuk mereka yang perlu berjimat seperti budak-budak
kolej/university yang selalu kesempitan, mereka yang kelaparan di hujung bulan
dan para peniaga yang nak untung lebih-lebih. Walau apa pun, keselamatan harus
diutamakan. Jika ragu atau was –was, sila tinggalkan.
p/s:
penjualan produk kemik banyak dijual dari kilang yang menghasilkan produk
bertin. Harga yang dijual hanya untuk memulangkan modal kos sahaja sebab
pasaran tidak terima kemik hatta calar sedikit pon. Memang berbaloi kalau
pandai pilih kemik yang selamat pada harga separuh dari asal. Selamat membeli
dan memakan.
p/s2: contoh produk tin adalah daripada
ikan mackerel. Ini adalah dari pengalaman penulis yang terlibat
dalam industry produk tin dan guna sendiri produk kemek tu..jimattttt pitih ambo..
thank you
ReplyDelete