Tuesday 14 April 2015

Cat Kereta Wira Aeroback

Kedai- Sg Nyior, dekat corner lepas tol 5kupang
Harga-rm2500
Warna- merah metalik 2k
Tempoh siap- 17hari (25/3/15-13/4/15)


Layan Gambar-->










lepas dapat kereta balik, ramai tanya dan komplen apesal mahal sangat??? cat luar dalam selalu 1700++ leh dapat dah..

apakan daya..aku maen terjah ja dan settle bayar dah. Malas nak survey tempat lain dah. Dah kedai ni dekat dengan tempat kerja, senang aku nak pergi check progress masa lunch time aku..Tambah lak aku kalut nak wat before GST.

Tapi rasa ralat tu ada la, sebab ramai cakap mahal. Then dapat kereta, bila bawa rasa laen (berat semacam), enjin gegar, banyak lak part x berfungsi (radio, lampu signal, lampu brek). Tauke (anney) kedai just cakap "kereta you lama memang banyak problem, ni tak boleh itu tak boleh pakai, you kena p kedai repair check, kita sini cat saja, kita x kacau itu barang". choii~ sebelum aku hantar cat, semua cantik, smooth je masa bawak. Mak aku syak depa ada tukar spare kereta apa. Musykil2. Dalam hati aku pon fikir benda sama sebab kedai tu memang duk jual kereta second hand sama. 

Perasan jugak la, anney ni cakap belit. mula2 aku datang cakap "any color harga RM2000", boleh siap seminggu. Then masa aku hantar keta,  cakap harga len lak. Depend warna kat katalog. 1star rm2300, 2star rm2800, tak ada star rm2000 mean bukan cat metalik.  Harga RM2500 aku ni konon dapat less dari RM2800, cat gred 2star punya. Hmmmm...

Cakap seminggu, alih-alih keta siap 2minggu lebih. asal aku push nak ambil cepat, mula ugut, "you kasi i masa la, ini macam push nanti you pon hati tak happy kereta tarak cantik betul". wtf. asal minta diskaun pon, dia ugut macam tu jugak. Dia bagi waranti cat dia lima tahun dengan syarat setiap 6 bulan mesti hantar polish & wax kereta kat kedai dia sahaja. Aku ingat nak kasi free, rupanya rm200 sekali servis!!! gila..

Memang aku xrekemen sapa-sapa yang nak cat kereta kat sini. Harga melampau. Jijah tertipu.
Ayoo.. nasib la kaler wat cantek. Rezeki aku macam ni. Syukur je la. Alhamdullillah.

Moga kereta kesayangan ini dapat kekal lama lagi  untuk aku dan adik aku lak pasni. Keep strong okayy, Mummy dah kasi baju baru harga beribu untuk you..