siapa suka makan ikan pekasam??
mesti ada yang cakap suka giler dan ada yang akan cakap 'eeiiii busuk'... saya la tu dulu mula-mula komplen busuk..hehe.. yela satu rumah berbau kot bila goreng ikan pekasam tu..tapi sekali pekena ngan nasi putih panas-panas..fuhhh..senyap x terkata..
nak tau macam mana munculnya ikan pekasam ni? menurut sejarah, orang-orang dulu bila tak mampu nak habiskan stok ikan segar yang banyak2 tu maka mereka simpan ikan guna cara pemeraman (fermentation). sebabnya dulu kan takda peti ais. Caranya gaul ikan (siang dulu la) dengan garam dan beras goreng kemudian simpan dalam bekas tertutup rapi selama tiga- empat minggu. kemudian terhasillah ikan pekasam ni. sekian~
hehe..kejam tu kalau cerita setakat tu je.. (sure tension mereka2 yang tgh cari info pasal ikan pekasam kalau dpt ciput tu ja). meh saya kongsi sains di sebalik ikan pekasam ni.. saya dah pernah buat dalam makmal. dan bertungkus lumus cari info berkenaan untuk siapkan lab report. ternyata x banyak yang dapat sebab encik google xda koleksi info2 sains makanan melayu kita.. yang da cuma resipi..
ok...jom, mulakan kelas sains makanan.
ikan yang selalu digunakan untuk wat pekasam ni selalunya ikan puyu dan sepat. ataupun ikan-ikan yang bersaiz sederhana dan kecik.. ikan mesti siang dan cuci bersih2 sebab isi perut ikan tu la kuman2 (mikrob) suka sangat dan membiak dengan bahagianya. tu yang ikan cepat rosak tu. tambah pulak ikan ni bersifat alkali. (kalo acid yang masam2 tu depa x suka)
kemudian gaul dengan garam (16.5%), asam keping (0.5%), gula merah (1.50%) dan beras goreng ( guna setengah daripada 26.5%). yang beras goreng tu goreng tanpa minyak sebab tak mau da lemak yang boleh menyebabkan ketengikan/ rancidity. kemudian kisar secara kasar beras tu. gula dan beras yang diguna adalah untuk memberi 'makanan' kepada bakteria baik bekerja masa proses pengeraman. tapi jangan terlebih sukatan pulak sebab akan terjadi nya 'bagai semut mati dalam gula'.
kenapa kisar besar kasar kenapa tak halus? sebab kita tak nak beras yang halus tu senang sangat bakteria makan pastu overferment pulak. bnda halus kan senang meresap.. erk.. lagipun guna beras kasar sebab nanti bila siap digoreng da rasa chrunchy2..kan rangup tu..hehe
seterunya masukkan air (55%) dan make sure ikan2 tengelam sepenuhnya. caranya boleh tindan/ guna pemberat letak atas rendaman ikan tersebut). Tujuannya nak pastikan larutan air tu sekata dan meliputi keseluruhan ikan. kang terapung2 pulak ikan tu..tutup bekas rapat2 untuk elakkan pencemaran dari luar masuk.
biar selama seminggu dua.. tunggu la dengan sabarnya.. untuk peringkat ni kita nak biarkan proses fermentasi ikan berlaku. apa tu? fermentasi ialah proses dimana kandungan karbohidrate, protein dan lain2 terurai menjadi bahan/molekule kecil2.. ni yang memudahkan sistem penghadaman kita sebab bila kecil senang diserap dalam usus perut manusia. sila berterima kasih kepada bakteria2 baik.. sebab 'mereka' lah berkerja mengurai2 ni..bkn mengilai2 k..hehe.. contoh makanan lain ialah yogurt. ala kat iklan pon cakap baik untuk sistem penghadam. itu la maksudnya.
lepas dah dua minggu tu, keluarkan ikan dan basuh. toskan. kemudian gaul dengan lebihan beras goreng yang guna setengah ja masa mula2 gaul. kemudian bungkus dan simpan lagi selama dua minggu..
secara keseluruhannya proses simpan2 ni yang akan menghasikan flavor (aroma dan rasa) ikan pekasam tu.
minggu pertama: rasa ikan
minggu kedua: rasa ikan + garam
minggu ketiga: rasa ikan + garam + beras
minggu keempat: rasa yang sebati.. semua bahan dah teradun dengan baiknya (^_^)
peringatan: masa proses wat ikan pekasam ni, wajib dalam keadaan bersih, jgn byk cakap...sebab? bersembur air liur tu..ee..xmau2..air liur kan da enzyme nanti hasil lain jadinya..selain itu kebersihan tu mesti sebab nak make sure tiada bakteria jahat masuk dalam produk kita..nak yang baik2 ja.
ok..setakat itu yang saya ketahui..sebarang silap harap ditegur..saya masih belajar..peace!!